Wednesday, October 26, 2016

Kenapa saya tidak active dengan Powergold

Bismillah. Assalamualaikum.

Tentang emas.

Ingin saya nyatakan di sini bahawa saya sebenarnya sudah tidak active lagi dgn Powergold. Dah lama tak active sebenarnya. Namun begitu, saya masih ahli Powergold, cume sebagai ahli yang tidak active aje. Account stokist saya ketika bersama Powergold dulu telah saya jual dgn harga yg berpatutan kepada orang yang mahu jadi stokist. Sy hanya simpan account ahli sahaja. Persahabatan bersama rakan-rakan Powergold masih lagi sampai kini. Alhamdulillah. =)

Tahun 2015..saya dapat tahu pasal UEG; Uncang Emas Group. Saya selesa dengan sistem pembelian emas bersama UEG. Boleh buat order emas secara online. Bebila waktu. Tidak perlu lalu stokist or org lain bagai. Sbb saya selesa buat semua pembelian sendiri. Emas boleh dipos atau ambil di pejabat sendiri. Mudah. Jadi saya buat keputusan utk fokuskan pembelian emas melalui sistem UEG aja.

Untuk makluman, UEG merupakan Master Dealer Public Gold. Jadi semua emas dan perak yg dijualbeli dalam sistem UEG adalah emas dan perak Public Gold.

Tidaklah bermakna saya tak beli emas brand lain. Emas emas brand lain pun saya beli juga..kadang-kadang.. asalkan tulen. Emas Powergold tulen. Dan laku bila dipajak. Saya pernah pajak both emas Powergold dan emas Publicgold. Dua dua tulen. Jadi janganlah takut takut ya. =)

Ok itu aja.

Cheers,
Sabrina.

Saturday, February 21, 2015

7 Soal-Jawab Emas bersama Pak Di

Assalamualaikum,

Sab terjumpa benda bagus semasa SSCI (Surf Surf Cari Info hihi) di alam maya ni.

Artikel dari MajalahNiaga. Sab suggest anda bookmark or favorite kan MajalahNiaga ni. Bagus web dia. Penuh informasi utk sesiapa yg mahu berniaga dan jadi usahawan. 

Anyway... artikel yg sab nak share ni ditulis oleh Tuan Suzardi Maulan (Pak Di); penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang (Sab ade buku ni. Dulu sebelum kahwin Sab beli. Memang serius bagus. Sesuai utk anak muda. Yg dah tua pun boleh...hihi) Beliau menjawab 7 soalan popular berkenaan pelaburan emas. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca.


7 soal-jawab yang sering ditanya mengenai pelaburan emas:

#1 – Bolehkah saya membeli emas dengan membuat pembiayaan dari bank? Bukankah membeli emas secara berhutang adalah dilarang dalam Islam?

Islam melarang jual beli emas secara hutang hanya dalam transaksi tersebut sahaja. Contohnya
Tuan membeli 10g emas hari ini dan pembayaran hanya dibuat 30 hari kemudian. Atau,
Tuan membayar RM 1,500 hari ini dan hanya menerima emas tanpa sebarang bukti atau resit pembelian 3 minggu selepas itu.

Manakala membuat pembiayaan bank untuk membeli emas pula adalah dibenarkan. Dalam situasi tersebut, tuan berhutang dengan bank dan bukannya penjual emas. Apa yang penting selepas mendapat duit dari bank, pembelian emas dibuat secara tunai.

Sekiranya tuan meminjam dari bank, maka pastikan tuan hanya membuat pembiayaan peribadi dari bank-bank Islam sahaja. Jika tuan membuat pinjaman dari bank konvensional maka tuan masih terlibat dengan riba.

Dalam erti kata lain, proses pembiayaan bank adalah transaksi A. Manakala, membeli emas pula adalah transaksi B. Maka, pastikan transaksi B berlaku secara tunai.


#2. Apakah hukum membeli emas pada harga yang rendah kemudian dijual semula dengan harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan? Misalnya, membeli emas pada RM 150/g dan menjual semula pada RM 180/g. Adakah ini perbuatan riba?

Itulah yang dikatakan jual beli yang difahami oleh tuan semua. Secara umumnya Islam tidak melarang jual beli. Apa yang mesti tuan fahami adalah jual beli tersebut mesti berlaku secara tunai.

Hanya jual beli emas yang tidak berlaku secara tunai adalah riba.


#3 – Bank mana yang menawarkan akaun pelaburan emas patuh Shariah?

Akaun pelaburan emas diperkenalkan oleh bank-bank. Bank-bank Islam mahupun bank-bank konvensional tidak mahu terlepas untuk membuat untung dari kenaikan mendadak harga emas yang berlaku.

Keunikan akaun pelaburan emas di bank adalah tuan tidak perlu menyimpan emas secara fizikal. Walaupun begitu, masih ada kos yang perlu tuan perhalusi, dan ini berbeza dari satu bank ke satu bank yang lain.

Sehingga artikel ini ditulis, hanya akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) dan al-Rajhi Bank yang dapat disahkan akaun pelaburan emas yang halal.


#4 – Bagaimana dengan peluang pelaburan emas yang memberikan dividen?

Pelaburan emas tidak memberikan dividen. Sekiranya tuan ditawarkan dengan pelaburan emas yang menawarkan dividen bulanan, suku tahunan atau tahunan maka sila berhati-hati.

Jangan terlibat dalam skim pelaburan emas yang meragukan sebegitu kerana khuatir ia adalah skim cepat kaya yang mahu menipu orang ramai.


#5 – Apakah perbuatan membeli emas, gadai dengan syarikat ar-Rahnu, beli emas lagi, gadai lagi dan seterusnya dibenarkan dalam Islam?

Strategi berkenaan dari sudut hukum tidak ada larangan yang mengharamkannya. Apa yang penting pembelian dibuat secara tunai dan gadaian dibuat dalam syarikat-syarikat yang mengamalkan skim pajak gadai Islam.

Walaupun begitu, tuan mesti sentiasa berhati-hati apabila mahu menggunakan strategi sebegini kerana harga emas ada turun naiknya.

Selagi mana harga emas sentiasa naik maka tiada masalah, tetapi jika berlaku kejatuhan harga emas yang teruk tuan pasti berhadapan dengan masalah yang besar.


#6 – Bagaimana mahu membuat pembelian emas fizikal secara online?

Pembelian emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai. Andaikan tuan membeli emas seberat 10g bernilai RM 1,500, maka selepas sahaja tuan membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit yang dapat tuan gunakan untuk menuntut emas tersebut.

Tujuan resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas tuan membayar, tuan memperoleh emas tersebut.

Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas tuan membuat pembayaran, tuan menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan tuan dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.


#7 – Bolehkah saya membuat locking harga?

Harga pasaran emas menjadi rujukan penjual dan pembeli adalah cuma satu penanda aras sahaja. Sekiranya tuan bersetuju menjadikan harga tersebut sebagai harga jual beli, maka tuan tertakluk dengan syarat tersebut.

Namun sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak mahu menjadikan harga semasa emas sebagai harga jual beli, maka jual beli tersebut masih sah. Kedua-dua pihak ada kebebasan untuk menggunakan harga semasa, harga yang lebih tinggi dari harga semasa, atau harga diskaun dari harga semasa.

Apa yang penting adalah selepas tuan bersetuju dengan sebarang harga, maka tuan membuat pembayaran penuh dan penjual dapat memberikan resit bagi memenuhi syarat qabadh.

Sekiranya berlaku pembayaran ansuran, maka itu adalah riba.



Artikel dari Majalah Niaga.



Erti Zakat dan Hikmah Zakat.


Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. 


Erti Zakat
Dari segi Bahasa - bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”. 
Dari segi Syarak - bererti mengeluarkan sebahagian harta tertentu dan diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.


Hikmah Zakat
  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” Dari surah At-Taubah (09), ayat 103.


Info diambil dari sini.

Soalan Popular (Emas) - Part 3

SOALAN POPULAR EMAS #9
9. Simpanan atau Pelaburan?

Simpanan emas konsepnya sama mcm kita simpan duit fiat kat bank, amanah saham, unit trust, tabung.
Dah tentu kita simpan utk tujuan masa depan atau keperluan tertentu.
Simpanan emas bersifat jangka sederhana ke panjang.

Pelaburan yg mudah adalah...bila kita beli harga murah and jual bila harga tinggi. Kenapa orang melabur? Sbb nak untung kan? 

Tak bermakna bila kita duk simpan emas je kita tak melabur...kita tak untung. No..kita sebenarnya telah membuat pelaburan dan keuntungan tanpa sedar.

Cth: kita simpan emas dlm gram sikit2 utk pendidikan anak. bila anak dah besar nak masuk kolej, agak2 berapa harga emas utk total gram yg kita dah simpan pd waktu tu? Meningkat kan? Tak untung ke?

Maka inilah yg dikatakan menyimpan sambil melabur secara tidak langsung.
Org yg melabur semata-mata boleh jadi kurang menyimpan. 
Tetapi penyimpan emas, boleh menyimpan sambil melabur.



SOALAN POPULAR EMAS #10
10. Perlu modal tak beli emas?

Ramai beranggapan yg beli emas perlukan modal dan modalnya mesti besar. Sebenarnya tidak. Cukup kita bermula simpan sedikit demi sedikit... ikut kemampuan... hasil penjimatan dan lebihan pendapatan. Apa yg penting adalah KONSISTEN. 



SOALAN POPULAR EMAS #11
11. Bagaimana nak pastikan kita terlibat dgn syarikat/individu emas yg betul?

Mudah saja. Bila kita beli emas, lepas bayar... pastikan kita dpt emas fizikal tersebut. Itu sahaja.
But ada juga kes yg mcm ni: Kita beli emas dari syarikat ABC cthnya. Syarikat ABC tu ada servis boleh simpankan emas kita. Jadi pastikan kita boleh withdraw emas fizikal kita bila diperlukan.
Jangan bila time kita nak emas kita, syarikat lesap pulak. or jangan bila kita perlukan emas kita, emas tak available pulak. 



SOALAN POPULAR EMAS #12
12. Apakah teknik yg mudah utk beli emas?

# Beli emas bila ada wang fiat lebih.
# Beli masa harga murah. Ini selalunya bagi yg niat berniaga. Sbb boleh dpt untung time harga emas naik.
# Beli secara konsisten tanpa peduli harga tinggi atau rendah. Ini selalunya utk yg menyimpan for wealth protection kerana mereka mementingkan total gram.



p/s: Nota diambil hasil pembacaan dari Buku Cikgu Fazilah "Belajar Ilmu Emas dalam 10 Bab"

Saturday, February 14, 2015

Soalan Popular (Emas) - Part 2

SOALAN POPULAR EMAS #5
5. Kenapa nak kena simpan emas?

Sebab...
-Nilai wang kertas makin jatuh dan boleh dimanipulasi.
-Harga emas meningkat in long term dan emas tidak boleh dicipta.
-Emas adalah aset yg mudah ditunaikan atau mudah ditukar ke duit lah senang citer.
-Simpan emas utk melindungi harta.
-Org Islam digalakkan utk berharta untuk bantu-membantu. 


SOALAN POPULAR EMAS #6
6. Bagaimana nak mula?

Mulakan dengan menjadi penyimpan emas dulu. Sebagai penyimpan..kita beli ikut kemampuan kita. Rancang bajet bulanan kita utk mengetahui berapa gram emas yg  mampu kita simpan setiap bulan secara konsisten.

Jika dah ok jadi penyimpan... dan ada bajet lebih.. boleh jadi peniaga. Beli semaksima yg mungkin masa harga rendah. Separuh utk simpanan sendiri... dan separuh utk jual kepada org. Bila kita ada stok yg dibeli masa harga rendah... then bila ada org nak beli pada harga semasa yg sedang tinggi... maka kita sudah dpt untung runcit disitu.

Jika kita tidak dpt jual stok emas tu... kita masih untung sbb emas itu berharga. Jadi masuk jelah dlm bakul simpanan sendiri semula. Emas bukan basi pun. Emas takkan rosak.


SOALAN POPULAR EMAS #7
7. Mana yg bagus? Emas 999 atau 916?

Asalkan betul emas, semua bagus. Perbezaan hanya pd purity; ketulenan. 999 nilainya lebih tinggi dari 916.
Gold bar selalunya emas 999.
Barang kemas selalunya emas 916.
Brg kemas masih boleh dijadikan simpanan asalkan kita tahu kesilapan yg perlu dielakkan.
Kesimpulannya..semua emas adalah bagus dan belilah emas ikut tujuan masing masing.


SOALAN POPULAR EMAS #8
8. Kat mana nak jual balik emas kita?

Boleh jual semula emas kepada:
- end user
- dealer/stokist/ejen
- syarikat emas yg keluarkan emas tersebut
- peniaga emas
- kedai emas

Pilihan terakhir adalah kedai emas. Untuk elakkan susut nilai yg tinggi.
Pilihan pertama adalah end user... sbb boleh maksimumkan untung.
Jual semula ke syarikat yg keluarkan emas tu.. akan ikut harga We Buy.
Jual semula ke dealer/ejen/stokist..  selalunya akan ikut harga We Buy juga. But boleh nego price.

Ingat, jual hanya perlu. Jangan jual hanya sebab kita nampak harga dah tinggi.
Ingat juga...kalau dah jual emas simpanan kita.. kita belum tentu dpt beli emas semula dgn harga rendah yg kita beli dulu.



p/s: Nota diambil hasil pembacaan dari Buku Cikgu Fazilah "Belajar Ilmu Emas dalam 10 Bab"

Soalan Popular (Emas) - Part 1

SOALAN POPULAR EMAS #1
1. Apa maksud simpanan emas?

Ia bermaksud kita tukarkan wang fiat yg kita ada... atau peruntukkan duit lebih atau duit pendapatan... dgn membeli emas utk tujuan simpanan.

Simpanan emas utk jangka masa panjang..tetapi boleh disesuaikan juga utk jangka masa sederhana dan pendek jika kita ada ilmu. Emas yg sesuai sebagai simpanan adalah dinar/syiling/bar/jongkong.


SOALAN POPULAR EMAS #2
2. Siapakah yg harus simpan emas?

Kita semua. Semua orang yg menyimpan wang kertas harus ada simpanan dlm bentuk emas. utk melindungi harta dari susut nilai.

Wang kertas bukan penyimpan nilai yg baik. Ia akan susut nilai and terus dimakan inflasi.Mana satu kita nak pilih? Simpan sesuatu yg nilainya turun....atau simpan sesuatu yg nilainya naik? Kertas..jika dikoyak. Tiada nilai dah. Emas..jika dibahagikan...tetap ade nilai.


SOALAN POPULAR EMAS #3
3. Di mana atau dengan siapa nak beli emas?

Emas boleh di beli dari:
1. Kedai emas.
2. Bank.
3. Syarikat.
4. Individu.

Kini sudah banyak syarikat yg menawarkan emas fizikal dgn harga lebih murah dari kedai emas. Ada syarikat yg berurusan secara offline dan ada juga secara online. Cth: Powergold.

Kini juga sudah banyak individu/dealer/stokist/ejen yang membuat urusan jual beli emas tanpa perlu membuka kedai emas dan mereka menawarkan harga yg murah juga. Cth: Saya yg menulis ni lah. Hihi


SOALAN POPULAR EMAS #4
4. Bila masa yg sesuai utk beli emas?

- bila kita ada wang lebih dan ada kesedaran. Teruslah beli dan jangan bertangguh. Belilah setakat yg mampu..1g je ke dulu. Nak terus beli sekilo boleh aje...ikut kemampuan memasing lah. Hihi.

- bila harga turun adalah peluang utk kita membeli emas. But ini tak bermakna kita rugi bila beli masa harga tinggi. Tidak sama sekali. Kita tidak rugi selagi kita tak jual emas kita. Cuma kalau kita beli masa harga tinggi... kita tak dapatlah memaksimumkan keuntungan. Tu je.

- tiap tiap bulan beli emas secara konsisten. Ketepikan sikit pendapatan utk beli emas. Sasarkan 1g 1 bulan ke.. suku dinar 1 bulan ke... 1 dinar 1 bulan ke... ikut kemampuan kita.



p/s: Nota diambil hasil pembacaan dari Buku Cikgu Fazilah "Belajar Ilmu Emas dalam 10 Bab"

Saturday, February 7, 2015

Seminar PowerGold di JB

Assalamualaikum.

Siang tadi Sab pergi seminar yang pertama tentang Emas. Kat bawah ni Sab share nota yang Sab jot down. Semoga bermanfaat dan membuka minda.

~PERKONGSIAN DARI BOSS DALAM SEMINAR DI JB~

The points are:

1/ Bagus utk settlekan hutang hutang kita dulu bila sudah berjaya dapat jana income/rezeki lebih.

2/ Emas semakin lama tak dapat dijual, semakin kaya kita. Sbb orang dah tak mampu nak beli bila nilainya makin naik.

3/ Jika kita terlebih beli product tapi tak leh nak jual, kita akan bingung and rasa rugi. But bila kita terlebih beli emas and takde org nak beli dgn kita, kita takkan rasa rugi. Emas in long term bernilai tinggi, unlike other products.

4/ Emas harga naik dengan laju, tetapi turun dengan sangat lambat. Jadi jangan lepaskan peluang di depan mata.

5/ Emas jangan dikira dlm bentuk duit. Nilai duit kertas setiap negara lain lain.

6/ Selalunya bila negara Arab ade crisis, org org kaya di sana sibuk beli emas nak preserve kekayaan mereka.

7/ Ajar kawan sahabat keluarga menyimpan emas.

8/ Jutawan senyap sebenarnya ramai di Malaysia, cume low profile.

9/ Hari ni sudah ramai orang tau kebaikan emas, tetapi tidak ramai yang cepat bertindak.

10/ Ade makcik cleaner yg mampu menyimpan emas dan kini beliau sudah tidak jadi cleaner lagi. Dengan usaha memperkenalkan dan mengajak rakan menyimpan emas. Jika makcik itu boleh, kita pun sudah tentu boleh.

11/ Tuhan tidak akan bagi kita senang dengan mudah. Kita sudah tentu perlu berusaha dan sabar hadapi ujian..

12/ Dengan powergold, ibarat kita bagi mak duit hargai mak jaga kita tanpa mengurangkan bonus kita sendiri.

13/ Jangan lupa bayar zakat emas. Keberkatan.

14/ Syarikat sedang mohon lesen AJL. Syaratnya perlu memasarkan product lain. Maka soon, company akan launch new products. Jual beli emas sebenarnya tidak perlu AJL.

15/ itu adalah salah satu usaha company utk try resolve issue BNM. Kita usaha selagi boleh. Sebab nak cari org yg buat masalah dulu bukan senang. Jika orang masih tidak percaya, mungkin bukan jodoh and rezeki dia dengan powergold.

16/ Pakej Gold akan digantikan dgn pakej product yg lebih murah.

17/ Pakej 2 dinar akan diperkenalkan. Boleh tukar utk buat umrah.

18/ Jangan letak no account tabung haji dalam system. Sebab TH standalone. Sukar utk company salurkan bonus ke TH. Tolong bagi no acc selain TH.

19/ System powergold detect pada username.

20/ Lagi banyak kita memberi servis kepada ahli ahli group..lagi banyak rezeki kita. Sifirnya adalah... makin byk tolong..makin banyak datang. Erti hidup pada memberi.

21/ Untuk networking sebenarnya product bukanlah pulling factor. Pulling factor is berapa kuat kepercayaan org pada kita. Jadi sentiasa senyum.. amanah..jujur.. ikhlas dan positif.

22/ semakin kaya kita...kita perlu semakin banyak buat baik...utk mengejar saham akhirat.

23/ Jika orang takut beli emas amethyst sbb issue BNM, cuba suruh dia beli satu and try jual or pajak, if tak laku bagitau.

24/ Kalau org bagi hujah company tutup. If company tutup pun, emas sudah berada di tangan kita. sebab kita beli emas dapat emas. Emas boleh jual and laku di mana mana seluruh dunia. Kita bukan buat ETA.

25/ Percaya pada diri sendiri dan product kita iaitu Emas. Emas ni bernilai, bukan mcm product lain.

26/ Janganlah jadi orang yg suka beri alasan,  jadilah manusia yg mencari peluang.


P/s. Jika ada salah points, sila tegur. Terima kasih. (=