![]() |
Trend dari tahun Jan 2000 - Jan 2015 |
![]() | |||||
Trend dari Dec 2014 - Jan 2015 |
Assalamualaikum =)
Ramai orang mengajukan soalan di bawah, terutama bagi yang baru ingin bermula menyimpan emas atau menceburkan diri dengan emas.
- "Harga emas turun ke sekarang?"
- "Harga emas naik ke sekarang?"
- "Bila harga emas turun?"
- "Bila harga emas naik?
Untuk soalan 1 dan 2, honestly, jawapannya bergantung kepada pada siapa kita bertanya kerana ia adalah subjektif dan berdasarkan pengalaman masing-masing. Kita sebenarnya boleh mendapatkan sendiri jawapan kepada soalan 1 dan 2 tu. Tidak perlu tanya orang. Nak tau bagaimana? Haaaa.....kita kenalah beli emas dulu, baru kita boleh tau harga semasa sekarang turun atau naik.... *senyum*
Jangan difikir sangat bab bah harga emas naik dan turun ni... Kalau nak beli harga murah puluhan ringgit aje per gram....tu masa tahun dulu dulu 70-an, 80-an, 90-an.. tapi kita sudah tidak boleh kembali ke masa dulu kan? Hihi. Sekarang harga per gram sudah ratusan. Tapi janganlah kita bersedih. Still not too late to start. =)
Harga murah or harga naik, orang tetap akan membeli dan menjual emas. Emas tetap ada permintaan di seluruh dunia. Persoalannya, kita ni dah start ke belum? Duk tengok tengok...tanya tanya...membelinya tidak. Come on....Take action lah! Hihi
Jika nak tunggu harga yg kita suka baru nak mula beli...memang tak dapat...kerana harga emas turun naik dengan cepat, walaupun dalam hari yang sama. Jika berangan terlampau tinggi...nak tunggu harga murah..nak beli 10kg terus... Kita perlu tunggu ringgit lebih tinggi dari nilai USD. Haha. Bila tu agaknya? =P
Jadi apa yg terbaik perlu kita buat? Kita beli je walaupun 1gram yg pertama sebagai permulaan. Pedulikan samada sekarang tengah harga tinggi or rendah. Itu sebagai permulaan je. At least, kita sudah ada benchmark sendiri lepas kita beli 1gram tu. So, dari harga permulaan yang kita beli tu lah kita sudah boleh tau harga semasa tinggi atau rendah. =)
Cth, dulu Sab start beli masa harga emas RM 134/gram if tak silap. Masa tu Nov 2014. Sekarang harga 1g sudah dalam lingkungan RM 150-190/gram. So, kalau korang tanya Sab, Sab akan jawab harga tengah naik, sebab dulu Sab beli masa harga lebih rendah dari harga sekarang. Orang yg pernah beli harga lagi rendah dari RM134 akan cakap yang Sab beli masa harga naik. Tapi abaikan cakap-cakap itu. Beli aje dulu.
Cuba tengok gambar kat atas,
Trending harga 2011 to current Jan 2015, trend sedang menurun, jadi sekarang harga emas turun.
Tetapi trending harga 2014 to current Jan 2015, trend sedang naik, jadi sekarang harga emas tengah naik. Korang mesti tgh peningkan? Haish...mana satu ni...naik ke turun?? Hahahha.
Jawapannya, kamu start lah beli dulu, baru tau! Haha.
Bertindaklah sekarang, jika tidak kamu akan rugiiiii... *winks*