Ada apa dengan Emas? Kat bawah ni adalah sebab kenapa kita perlu simpan Emas.
Peluang untuk kita lebih banyak memberi dan beramal dan merebut kasih sayang Allah.
2. Elakkan duit terguna ke benda yg susut nilai.
Bila kita beli emas, sebenarnya duit yang kita guna untuk beli tu dah bertukar ke emas. Kita dapat emas kan? Jadi kita akan rasa sayang nak jual emas kita. Maka, selamatlah duit kita. Kalau kita pilih utk simpan duit....duit ni senang terguna.. lagi lagi siapa yang suka shopping. Alih alih je "Eh tinggal sikit je duit dalam bank?" Huhu.
3. Duit kertas nilainya makin turun dalam jangka masa panjang
Contoh di depan mata yang hampir dengan kita adalah apa yang telah berlaku kepada Ringgit kita recently.
4. Nilai emas semakin meningkat dalam jangka masa panjang
Dulu puluhan ringgit sahaja untuk segram emas. Kini ratusan ringgit segram.
5. Emas kalis inflasi
Emas tidak boleh dikeluarkan atau dicetak sesuka hati macam duit kertas, sekaligus menyebabkan emas kalis inflasi.
6. Emas diiktiraf di seluruh dunia sebagai logam yang berharga.
Duit kertas masa zaman jepun contohnya, sudah tidak diiktiraf dan tidak berharga lagi, tak boleh digunakan pun, setakat simpan dalam frame jadi kenangan je lah. Emas sentiasa berharga dan bermanfaat. Tahukah anda? Emas juga digunakan utk buat barang electronic, perubatan, perhiasan rumah dan macam-macam lagi!
7. Emas mudah ditukar ke wang tunai di seluruh dunia
Bila ada emas, tidak kisah lah dari brand apa sekali pun, tetap boleh dijual semula di mana-mana negara seluruh dunia. Urusniaga oleh banyak pihak.
8. Emas tidak dimamah zaman
Dari zaman dulu orang suka dan guna emas. Sehingga kini...akan datang...sampai syurga. Tak percaya? Sila baca Al Quran. Hihi.
9. Emas salah satu simpanan terbaik untuk masa depan
Benda berharga bagus disimpan kan? Maka tidak perlu penjelasan di sini. Haha.
10. Emas aset terunggul selain rumah dan hartanah.
Sesuatu barang yg nilainya makin naik in long term merupakan aset. Emas pun!
11. Emas aset yg paling senang untuk kita start miliki.
Jika belum mampu untuk beli rumah, it's ok. Belilah emas dan simpan. Start 1g sebulan je dulu. Sikit sikit lama lama jadi bukit. Pergi je kedai emas or beli dari sesiapa yang jual emas. Bagi duit. Dapat emas. Tak perlu sign lawyer and bank bagai. Mudah kan? =)
Diharapkan dengan perkongsian ini dapatlah membuka minda pembaca untuk lebih tahu pasal emas dan terbuka hati untuk mula menyimpan emas. Menabung duit menabung juga, emas jangan lupa. Hihi. Simpan duit masih perlu diteruskan dan tidak salah. Bagus untuk kita mempelbagaikan pelaburan. =)
Sab sudah start, korang semua bila lagi? *winks*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan