Sabtu, 14 Februari 2015

Soalan Popular (Emas) - Part 2

SOALAN POPULAR EMAS #5
5. Kenapa nak kena simpan emas?

Sebab...
-Nilai wang kertas makin jatuh dan boleh dimanipulasi.
-Harga emas meningkat in long term dan emas tidak boleh dicipta.
-Emas adalah aset yg mudah ditunaikan atau mudah ditukar ke duit lah senang citer.
-Simpan emas utk melindungi harta.
-Org Islam digalakkan utk berharta untuk bantu-membantu. 


SOALAN POPULAR EMAS #6
6. Bagaimana nak mula?

Mulakan dengan menjadi penyimpan emas dulu. Sebagai penyimpan..kita beli ikut kemampuan kita. Rancang bajet bulanan kita utk mengetahui berapa gram emas yg  mampu kita simpan setiap bulan secara konsisten.

Jika dah ok jadi penyimpan... dan ada bajet lebih.. boleh jadi peniaga. Beli semaksima yg mungkin masa harga rendah. Separuh utk simpanan sendiri... dan separuh utk jual kepada org. Bila kita ada stok yg dibeli masa harga rendah... then bila ada org nak beli pada harga semasa yg sedang tinggi... maka kita sudah dpt untung runcit disitu.

Jika kita tidak dpt jual stok emas tu... kita masih untung sbb emas itu berharga. Jadi masuk jelah dlm bakul simpanan sendiri semula. Emas bukan basi pun. Emas takkan rosak.


SOALAN POPULAR EMAS #7
7. Mana yg bagus? Emas 999 atau 916?

Asalkan betul emas, semua bagus. Perbezaan hanya pd purity; ketulenan. 999 nilainya lebih tinggi dari 916.
Gold bar selalunya emas 999.
Barang kemas selalunya emas 916.
Brg kemas masih boleh dijadikan simpanan asalkan kita tahu kesilapan yg perlu dielakkan.
Kesimpulannya..semua emas adalah bagus dan belilah emas ikut tujuan masing masing.


SOALAN POPULAR EMAS #8
8. Kat mana nak jual balik emas kita?

Boleh jual semula emas kepada:
- end user
- dealer/stokist/ejen
- syarikat emas yg keluarkan emas tersebut
- peniaga emas
- kedai emas

Pilihan terakhir adalah kedai emas. Untuk elakkan susut nilai yg tinggi.
Pilihan pertama adalah end user... sbb boleh maksimumkan untung.
Jual semula ke syarikat yg keluarkan emas tu.. akan ikut harga We Buy.
Jual semula ke dealer/ejen/stokist..  selalunya akan ikut harga We Buy juga. But boleh nego price.

Ingat, jual hanya perlu. Jangan jual hanya sebab kita nampak harga dah tinggi.
Ingat juga...kalau dah jual emas simpanan kita.. kita belum tentu dpt beli emas semula dgn harga rendah yg kita beli dulu.



p/s: Nota diambil hasil pembacaan dari Buku Cikgu Fazilah "Belajar Ilmu Emas dalam 10 Bab"

2 ulasan:

Siti Hawa berkata...

Sab,
minta pencerahan ya..

"Jual semula ke syarikat yg keluarkan emas tu.. akan ikut harga We Buy."

Jika gitu keadaannya, bagaimana nak making profit? Nak2 bila kita simpan emas bertahun dan harga semasa lebih tinggi dari yg kita beli dahulu?

Sabrina berkata...

@hawa. Pd pendapat sab.. if nak make profit..

1) jadilah dealer/agent emas.
2) beli emas org nak letgo dgn harga buyback and jual semula ke pelanggan lain ikut harga we-sell.
3) join company yg bagi bonus bila kita berusaha.. cth mcm powergold.
4) beli emas lelong...and jual balik harga tinggi..
5) jadi penjual brg kemas online.

Pd pendapat sab juga.. profit tak penting sgt.. yg penting gram kita makin bertambah dan mampu berzakat simpanan emas. =)