SOALAN POPULAR EMAS #1
1. Apa maksud simpanan emas?
Ia bermaksud kita tukarkan wang fiat yg kita ada... atau peruntukkan duit
lebih atau duit pendapatan... dgn membeli emas utk tujuan simpanan.
Simpanan emas utk jangka masa panjang..tetapi boleh disesuaikan juga utk jangka masa sederhana dan pendek jika kita ada ilmu. Emas yg sesuai sebagai simpanan adalah dinar/syiling/bar/jongkong.
SOALAN POPULAR EMAS #2
2. Siapakah yg harus simpan emas?
Kita semua. Semua orang yg menyimpan wang kertas harus ada simpanan dlm bentuk emas. utk melindungi harta dari susut nilai.
Wang kertas bukan penyimpan nilai yg baik. Ia akan susut nilai and terus dimakan inflasi.Mana satu kita nak pilih? Simpan sesuatu yg nilainya turun....atau simpan sesuatu yg nilainya naik? Kertas..jika dikoyak. Tiada nilai dah. Emas..jika dibahagikan...tetap ade nilai.
SOALAN POPULAR EMAS #3
3. Di mana atau dengan siapa nak beli emas?
Emas boleh di beli dari:
1. Kedai emas.
2. Bank.
3. Syarikat.
4. Individu.
1. Kedai emas.
2. Bank.
3. Syarikat.
4. Individu.
Kini sudah banyak syarikat yg menawarkan emas fizikal dgn
harga lebih murah dari kedai emas. Ada syarikat yg berurusan secara
offline dan ada juga secara online. Cth: Powergold.
Kini juga sudah banyak individu/dealer/stokist/ejen yang
membuat urusan jual beli emas tanpa perlu membuka kedai emas dan mereka
menawarkan harga yg murah juga. Cth: Saya yg menulis ni lah. Hihi
SOALAN POPULAR EMAS #4
4. Bila masa yg sesuai utk beli emas?
- bila kita ada wang lebih dan ada kesedaran. Teruslah beli
dan jangan bertangguh. Belilah setakat yg mampu..1g je ke dulu. Nak
terus beli sekilo boleh aje...ikut kemampuan memasing lah. Hihi.
- bila harga turun adalah peluang utk kita membeli emas.
But ini tak bermakna kita rugi bila beli masa harga tinggi. Tidak sama
sekali. Kita tidak rugi selagi kita tak jual emas kita. Cuma kalau kita
beli masa harga tinggi... kita tak dapatlah memaksimumkan keuntungan. Tu
je.
- tiap tiap bulan beli emas secara konsisten. Ketepikan sikit pendapatan utk beli emas. Sasarkan 1g 1 bulan ke.. suku dinar 1 bulan ke... 1 dinar 1 bulan ke... ikut kemampuan kita.
p/s: Nota diambil hasil pembacaan dari Buku Cikgu Fazilah "Belajar Ilmu Emas dalam 10 Bab"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan