Khamis, 15 Januari 2015

Ilmu Emas


Post sebelum ni kita sudah tahu kenapa perlu simpan emas. Jadi, apa kita perlu buat sekarang? Adakah kita perlu berlari terus ke kedai untuk beli emas? Haha. Tidak lah gitu pembaca oiii....

Yang kita perlu buat sekarang adalah mencari ilmu. Nak buat sesuatu, perlu ada ilmu. Tidak molek kita main ikut aje apa orang buat. Kita harus faham kenapa kita buat apa kita nak buat. Faham murid murid? Hehe.

So belajar pasal emas dulu. Kita kini berada di era informasi di hujung jari. Dah berlambak orang kaji pasal emas dan tulis pasal emas. Boleh cari di internet. Jadi apa kita perlu buat adalah kita baca baca dan baca. Survey survey dan survey. Tanya tanya dan tanya. Alhamdulillah ada mata utk baca. Ada telinga utk dengar, Ada mulut utk tanya. Ada akal utk fikir. Rajin rajinlah meng-explore ya! =) Buat analisis berdasarkan segala macam input yang kita dapat. Kemudian baru kita decide kita nak buat apa. Samada teruskan, tunggu atau berhenti. as simple as that. =)

Kat bawah ni sites untuk memudahkah anda bermula.
Blog En. Mohd Zulkifli
Blog En. Shukor

Blog mereka ni amat membantu untuk anda faham tentang emas. Sab dulu belajar dari sites tu lah. Mereka berdua ade buat buku juga. Ade yang free ada yang kena beli. Sab syorkan korang belilah buku. Or pinjam dari kawan kawan yang dah beli. hihi. Of course ada banyak sites dan buku buku lain lagi. Jika korang tau ada sites and buku lain yang cakap pasal emas juga, Jomlah sharekan di ruangan komen! Boleh bantu orang orang yang baru nak bermula. =)

Sekian, selamat menambah ilmu baru!


Tiada ulasan: