Assalamualaikum =)
Tak pasti bagaimana mahu memulakan post yang pertama ini. Terasa agak kekok. Macam tak biasa pulak. Padahal sudah ada beberapa blog sejak 10 tahun lalu. Eceh. Sebut 10 tahun macam sudah tua pulak. Huhu.
Anyway, sebenarnya Sab berniat nak tulis penuh semua dalam bahasa. Tapi otak sab ni berfungsi dalam dua bahasa. Maka, harap siapa yang membaca ni boleh terima gaya penulisan ini seadanya. Sab berbunyi sedikit skema apabila berbahasa ya. Erm, English pun. Haha. Ah senang citer Sab memang skema lah orangnya. Hahaha. Wuteva.
So back to the post title. Bagaimana blog ini tercipta?
Ok. Sab merupakan seorang Stokist Mummylicious. Mummylicious ni apa? Nanti Sab cerita ok dalam post lain. So pada suatu hari, sab terima 1g emas dari HQ Mummylicious ni. Bulan Sep 2014. Pada mulanya Sab tak tau itu emas. huhu. Nasib baik tak buang wei.... Lepas dah tanya boss Mummylicious, baru tau yang itu emas. Hihi.
Sebelum ni seriously sab tak amik tahu pun pasal emas emas ni. Yelah kan, kita ni bukan jenis yang pakai barang kemas. So entah kenapa Sab terdetik untuk ambil tahu pulak tetiba pasal emas ni. Alhamdulillah. Allah gerakkan hati.
Dari situ Sab baca baca pasal emas, survey, baca kat internet, baca buku, tanya pakcik, tanya kawan. Dengan ilmu yang seciput dari usaha pengumpulan data ini...maka sab bulatkan hati dan mulakan penabungan emas. =) Tak sangka boleh jadi addicted. Seriously. Am so addicted to Gold i feel like i have to share this addiction with my families and friends. *winks*
So Sab terfikir...
Dapat ilmu yang bermanfaat tentang emas, why not share it with people?
Dapat ilmu mengenai susu kambing and makanan sunnah, why not share it with people?
Dapat ilmu mengenai sesuatu yang boleh memperbaiki diri dan membuatkan diri kita lebih berjaya, why not share it with people?
I believe in....lagi banyak kita share....lagi banyak kita dapat in return. This is subjective ya. Tidak merujuk kepada duit semata mata. Boleh juga tenaga, ilmu, dan lain lain.
Sebab itulah Sab wujudkan blog ini dengan tajuk, Menuju Kejayaan! 5 kali sehari azan dilaungkan dan ada maksud itu. Marilah kita sama sama menuju kejayaan di dunia dan di akhirat. Takkan nak berjaya sorang-sorang, ye tak? Tak best lah gitu. Sab tak kata sab dah berjaya. No. Sab rasa belum berjaya lagi. I am still trying, struggling to be one and I hope in the end kita semua dapat achieve it; kejayaan di 'sana' yang kekal abadi.
Sab merancang untuk jadikan blog ini khas utk topik topik yang boleh membuatkan kita lebih positif dan berjaya. Blog Sab yang lain tu more to personal. Haha. Macam tak sesuai nak campur campur hal business dengan peribadi. Eceh..Poyo. =P
Dalam blog ni nanti...mula-mula sab akan cakap pasal emas la of course, sebab topik itu yg sab berkobar kobar benar nak share. Haha. Lepas tu susu kambing, motivasi, then insyaAllah lain lain akan menyusul.
Pergh..panjang dah celoteh. Huhu.
Oklah kita stop sini.
Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan