Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima.
Erti Zakat
Dari segi Bahasa - bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”.
Dari segi Syarak - bererti mengeluarkan sebahagian harta tertentu dan diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.
Hikmah Zakat
- Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
- Membersihkan diri pembayar zakat.
- Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
- Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH.
- Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
- Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
- Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
- Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
- Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH.
- Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” Dari surah At-Taubah (09), ayat 103.
Info diambil dari sini.
2 ulasan:
Beli emas secara tangguh ada beberapa ulama kata boleh.. cuba tanya dengan Ustaz Azhar Idris.. In Sha Allah..
Oh. Baiklah. Terima kasih en swandy. =)
Catat Ulasan